MUSIC

PAUSE HERE

Wednesday, 6 May 2020

CRUSH TO RELATION


Hye guys , kita kembali lagi di blog Currently in Reality .. terima kasih kepada yang masih lagi sudi nak baca catatan aku dan terus sokong aku meluahkan segala isi hati yang terpendam haha . So today aku nak cerita topic hangat (tapi taklah hangat mana pun) .. so macam biasa aku akan repeat balik tajuk “CRUSH TO RELATION” erm maaf ya maybe post kali ni agak love love gitulah (==') , tapi if u all tak minat nak stay sampai habis u all can go and we will see in the next post .. tapi yang nak stay sampai habis okay dipersilakan , buat macam blog sendiri yaa .
Sebelum aku type panjang lebar , aku akan beri introduction .. takut ada yang masih tak faham apa yang aku cuba ceritakan , so selamat membaca :)
Formal Dictionary :
Definition of crush is squeeze or force by pressure so as to alter or destroy structure .
(memecahkan atau memerah sesuatu barang / benda tidak kira lembut atau keras dengan daya tekanan yang kuat)

Informal :
What's meant by crush?
If you have a crush on someone, you are in love with them but do not have a relationship with them .
(dari segi tak formal pula seperti memendam perasaan suka/cinta pada seseorang yang tak dikenali/ dikenali serta tidak mempunyai hubungan yang istimewa)

Lets begin of my story ,
kejadian ini berlaku pada Dua tahun lalu (lama tak baru pun tak its still fresh in my mind) , time tu aku and the geng ditugaskan oleh pihak kolej untuk internship dekat pusat Nursing Home di salah satu daerah Johor Bahru . Aku tak bole beritahu nama company tu sebab bagi aku ianya tak penting pun (padahal takut kena claim haha) , okay nak cerita detail pasal internship ni tak perlu kot sebab it waste my time and my reader haha .. so kita fast forward je la , first day of my internship aku and the geng ada orentasi dengan pihak HR , mereka bawa we alls jalan-jalan satu bangunan dan ke department yang berbeza , selesai orentasi terus ada meeting dengan CEO , meeting perkenalan je tak penting pun . Dalam meeting tu pihak HR ada minta sesiapa nak volunteer join department nursing so aku dan member yang lain angkat tangan , tapi yang buat aku terkejut pihak HR letak aku dekat male ward !! individu pula tu .. member aku yang lain ada partner haha( not fair) so aku pun pasrah jela , terima apa yang ada daripada aku kena campak dekat department kitchen ke laundry ke haha tak kuasa aku . Habis meeting we all pun rehat sebab start esok baru bertugas , dalam internship aku ni ada leader , dia yang manage kitorang dalam segala hal .. dia di tugaskan dekat HR dept. , sebelum we all intern dekat sini , batch we all yang lepas pernah intern dekat sini so macam macam cerita la aku dengar , ada salah satu intern bercinta dengan bf orang SN dekat male ward haha ward aku tu weyh . So leader macam taknak benda ni berlaku lagi sebab batch intern kalini kena palau dengan SN perempuan dekat ward lain la alhamdulilah ward aku tak palau kan aku pun haha .. aku pun cakap dengan geng aku “dont fall in love” dengan mamat dekat sini diorang pun agree la .

Permulaan bulan pertama aku ditugaskan dekat male ward , semuanya berjalan dengan lancar (tipu je as intern macam macam berlaku haha) .. actually kira selamat la juga aku dekat male ward tu sebab ada je SN(staff nurse) perempuan 3 orang , lagipun i got SSN perempuan yang  akan observe aku okay la tu (even garang haha) , aku macam biasa buat rutin harian filling , check consumable chargers , feeding pt(patient) dan etc . Suatu hari tu , tiba tiba aku jadi pelik sebab staff dekat ward tu bertambah sorang cause before ni ada SN  yang kenalkan aku dengan semua staff dalam ward tu and semua muka staff aku ingat , rupanya ada SN yang aku tak kenal lagi .. dia pergi bercuti , now dia dah naik kerja . Time tu dia tengah feeding pt aku pun curi pandang ..  sebab aku depan cubicle dia , comel aku tengok dia ni macam pola bear (beruang kutub) dengan rambut yang messy tu buat lagi smart bagi aku la. So since tu aku macam crush la dekat dia haha (tak malu aku makan kata kata aku sendiri) , crush je okay takda feeling nak bercintan cintun (bf orang tu weyh) .. lagipun aku taknak benda sama berulang . Aku cuba buang perasaan suka dekat dia tapi lumrah manusia kan , so aku teruskan jela intern macam biasa . Yang bestnya dia ni , dia tak layan orang sangat means tak peramah macam SN lelaki yang lain , dia susah nak senyum lagila nak tegur aku haha . Banyak situation happen dengan dia , firstly pass over report..  aku takda pen biru aku nampak dia ada padahal ramai lagi SN dekat situ , aku nak cepat punya pasal kebetulan dia ada so aku minta dia tukar pen , dia pun okay je bagi . Secondly , aku tak malu main tegur dia .. haha tiba tiba aku tanya soalan dia asal Terengganu ke ? . dah kenapa dengan aku ni (alaaa malu siakk) nasib dia nak balas itupun sepatah je hishh sombong gila mamat ni . Thirdly , time tu feed time over .. aku pun angkat plate pt yang da habis makan , kiranya nak tolong staff la .. suddenly mamat ni lalu depan cubicle sambil tolak troli dishes , aku panggil nama dia tapi dia tak berhenti ,  lastly aku woi kan dia baru dia stop then aku bagi je plate kat dia then aku terus bla (bengang actually).
Fourtly, pertengahan first month aku intern .. aku selalu tengok dia buat IO chart , aku nak belajar buat IO chart tu so aku datang dekat dia , tiba tiba dia sukarela nak ajar aku buat IO chart dia mula bercakap dengan aku (I swear that time my feeling so deeply into him) tapi sekejap sebab SSN yang observe aku jerit kat kitorang “woi aku tak mati lagi “haha sebab banyak lagi hal yang SSN nak ajar aku , aku terus bla dari tempat tu . Fifthly , aku tengah lepak dekat counter dia datang tegur aku , dia tanya aku weekend buat apa , aku cakap la aku balik kampung rupanya dia nak ajak aku main futsal haha so aku terpaksa tolak .

Penghujung bulan , we all ditugaskan untuk buat preparation sempena celebrate Mid Autmn (perayaan kaum cina) sebab company ni under chinese Singapore . We all buat tarian bulan , buat banner dan pelbagai lagi . Aku dah start tak naik ward sebab busy preparation so aku tak jumpa dia dalam a weeks , if feeding time pun aku dah tak asign dekat male ward .. leader aku tukarkan . One day tu , member aku baru habis feeding dekat male ward so dia bagitahu ada staff cari aku dekat atas , so aku naik la atas kejap maybe ada hal penting ke kan . Aku naik je terus pergi ke nurse counter , sunyi je takda orang suddenly dia appear depan aku .. aku terkejut weyh sebab muka dia lain then rambut dia nampak kemas totally hensem weyhh .. dup dap jantung aku haha . Aku tanya dia ada apa cari aku , so dia pun cakap la "kau pandai tengokkan phone rosak tak ?” dia hulurkan phone dekat aku , then aku ambil la aku belek tiba tiba dia cakap “phone aku rosak sebab takda no. kau” alamak mamat ni haha terus terang jela if nak no aku haha (I malu u alls) , aku pun baru nak type no phone tapi keluar nama Sayang haha no awek dia . Aku bagi jela no phone as a friend kan , dia pun on ws nak chat no aku .. aku terpandang la gambar awek dia as wallpaper ws dia !! fuhh aku cakap dalam hati playboy ke mamat ni haha . After that situation happen , malam tu dia start chat aku . Aku pun balas macam nak taknak yela sebab bf orang kot nanti jadi lagi kes dulu hmm ,
tapi nampak la effort dia tu nak kenal dengan aku .. aku macam biasalah jual mahal kan haha takkan nak tunjuk aku memang shok dekat dia .. dia pun ajak aku dinner dengan dia . OMG first date ke ni haha , so aku pun on jela . Dia ambil aku naik kereta ayah dia , bawa dinner dekat CC Bistro , kebetulan baju kitorang sama hitam haha JODOH kot . We both banyak berbual dalam kereta sambil hantar aku balik hostel , aku pun tanya awek dia tahu tak dia keluar semua ni . Rupanya dia baru lepas break up dengan ex .. kiranya aku ni macam penghibur sementara dia ke ?? haha .. memang automatic perasaan aku dekat dia faded , yela dia baru putus dengan ex pastu cari aku .

Habis Mid Autmn Festival , aku bertugas macam biasa dekat male ward . Aku dengan dia still like anything happen , after we both had a dinner .. we both tak tunjuk kat public yang we both tengah berkawan .. mana yang tahu , tahu jela .. dia banyak juga ws aku bila dia dah off duty , malam tu dia confess feeling dia , aku pun hold minta dia tunggu jawapan aku , dia ajak aku keluar tengok wayang , aku pun on jela cause weekend takda apa nak buat haha . . so second date dekat KFC , dia tanya lagi jawapan , aku pun dah fikir masak-masak , crush suka dekat aku weyh haha . Aku pun declared la dengan dia , before tu aku saja ajak dia jumpa parents sebab dia nak sangat hantar aku balik kampung .. dia setuju then our relation berjalan seperti biasa sampai ke harini . Dia lah bf , tunang dan bakal jadi husband (inshaALLAH) . Doakan yang baik baik untuk kami . “CRUSH TO RELATION” tamat . Terima kasih masih setia baca dari mula sampai tamat . Jumpa u alls di blog akan datang . Mmmuahhh .

Tuesday, 5 May 2020

ISU KECIL (PART 2)


Lets begin of my story ,
selepas je aku habis study dan apa aku buat sekian lama tak luahkan isi hati di blog , so masalah aku ni start pasal aku fikir tentang masa depan aku macam mana , ada ke company nak ambil aku kerja dan etc , start dari tu la emosi aku dah terganggu sedikit tapi aku abaikan jela .. lepas graduation day aku dekat KL aku terus cari kerja di kampung halaman , apply 2 3 hari terus dapat kerja di cafe jual air sebab cafe shortage staff memang nak pakai orang so aku masuk lah kerja kat situ , aku kerja kat cafe tu first week okay la , belajar buat air , hafal formula ice blended dan etc .

Pertengahan bulan tu aku dah start penat dan stress sebab customer ramai waktu tu Chinese New Year / public holiday , bayangkan la aku stress sampai bergaduh dengan mak aku n my bf . Tapi yang best nya setiap kali aku stress bf aku on the spot datang jumpa aku (for information kami tak sama daerah , 30 minit nak ke tempat aku) dia hantar aku balik ataupun pergi dinner sebab dia tahu aku ni cepat lapar haha .. so selama aku stress kerja tu dia la tempat aku coping stress ni . Selama kerja kat cafe tu  yang buat aku stress ialah assitant manager dan workmate .. suka push aku gila gila , paksa aku buat benda yang baru aku belajar dan selama sebulan tu juga aku dipulaukan dengan diorang .. tapi IDC lantak la tak pedulikan aku pun .. aku try cathc up kerja aku sendiri tanpa bantuan sampailah aku pandai dah manage open/close cafe tu sebab shortage staff , maybe diorang push aku tu semua sebab diorang nak rasa rehat so bila ada new staff diorang bagi handle segalanya haa handle kau sendiri . Selepas sebulan kerja situ baru workmate aku layan aku macam biasa sebab aku dah pandai kan haha damn it ! . Aku kerja situ kejap je 2 bulan setengah macam tu sebab aku dapat kerja lain so aku bla la bagi notis 24 jam and big boss aku okay je , dia support aku dapat kerja lain .

Dua bulan berlalu aku masuk kerja di sebuah company swasta di bandar X .. aku dapat kerja ni pun melalui info dari ex kolej aku juga , orang sibuk kerja aku pun sibuk nak kerja haha demi duit nak bayar PTPTN beb (dah pandai pinjam , pandai bayar) tempat kerja aku ni daerah lain so aku stay rumah sewa dengan housemate yang baru kenal .. kerja department aku best sebab office hour tapi sebalik best nya tu ada penderitaan yang di alami . First month , aku masuk kerja ramai gila customer , customer bukan sembarangan weyh ramai foreigner dari Indonesia dan Singapore sampai tak cukup tangan nak handle , aku tengok workmate semua busy , situasi di admin counter berpusu orang nak mendaftar .. aku yang nothing ni berdiri bagaikan patung cendana sebab aku tak tahu nak buat apa haha .. after a few weeks ago aku dah pandai buat kerja sebab ada senior staff ni dia baik sangat dengan aku , dia yang ajar aku segalanya dari A-Z , so aku dah pandai handle kerja luar .

masuk bulan kedua aku kerja , aku di tugaskan untuk assist boss .. dengar cerita boss aku ni baru boleh terima aku as assitant dia even dia tak berkenan dengan aku , yela aku bukan profesional macam senior staff dia , aku sijil cikai je haha .. aku pun terkejut tak sangka pula kena jadi assistant dia selama office hour aku  .. so aku pun chill la terima tugasan tu .. first week assits , dia banyak menyuruh daripada mengajar .. setiap 1 jam tu 10 kali dia tekan bell masuk bilik dia .. padahal kerja tu remeh je , contonya dia minta aku ambil form berkenaan , form tu dekat sebelah dia je weyh !! dia tak perlu bangun pun just toleh sikit ambil kat sebelah hahahaha ni buat aku bengang nak mampus !! .. tapi aku still layankan kerenah dia , yela kerja kan baru masuk 2 bulan kerja . Dan selama aku assist dia benda tu berulang kali berlaku .. aku ni jenis tak pandai melawan , sebab tu senang di pijak , di maki, di marah , kesalahan orang lain aku yang kena jawab sebab aku yang selalu hadap boss .. dan banyak lagi hal yang berlaku .. sorry aku tak boleh cerita segalanya sebab personal matter , nanti u all fikir aku nak memburukkan ex workmate akupula  haha .. maybe u all tahu apa yang berlaku dan u all dibenarkan untuk berfikir atau menilai apa yang jadi kat aku selepas tu ..

So berbulan lama aku bertahan di company X dengan sisa kekuatan yang aku ada ,aku cuba nampak gembira even sebaliknya nobody knows what I feel .. aku pernah give up tapi aku sayang dengan kerja ni , so aku minta tukar department dan dah dapat approval tukar department tapi aku U-TURN balik sebab kesian kan orang lain lebih dari diri sendiri haha (sad life) .. kelemahan aku senang je nak teka , aku tak boleh tengok orang susah even aku disusahkan . Selama setahun tu aku start stress + burn out sikit la , maybe sebab stress aku dah melampau masalah aku tak pernah settle makin bertimbun kat bahu aku ni , nak luahkan dekat orang pun jawapan yang berulang kali aku dapat (jawapan cliché) “SEMUA TEMPAT KERJA SAMA JE , SEMUA TEMPAT MACAM TU dan etc” sebab tulah aku malas nak berbual dengan orang .. aku jadi bosan dengan jawapan yang aku dapat .. tak membantu lansung haha .. semua orang macam blame aku tak boleh nak handle stress aku ni .. so stress aku ni berlarutan , sampaikan aku bergaduh dengan bf aku berulang kali dalam setahun tu .. dia jadi mangsa aku untuk lepaskan marah , aku cari pasal dengan dia .. tapi nasib la dia masih nak stay dengan aku dan tak pernah give up even aku minta dia tinggalkan aku .. for information masalah aku ni aku tak cerita sangat dengan mak aku sebab taknak dia risaukan aku , yela aku dengan dia jauh . Yang bestnya about mak aku ni , dia sentiasa tanya aku okay tak .. selalu keep in touch dengan aku .. setiap kali ws dia aku akan menangis haha ..

Hari berganti hari ,aku masih macam diri aku , memendam perasaan .. cuba gelak ketawa dan senyum .. aku akan rasa lega bila aku dapat cuti balik kampung jumpa mak aku .. happy sangat , dalam sebulan tu aku akan ambil AL sebab aku ada appoiment braces so wajib datang, if tak kontrak aku terbatal biasala buat dengan government ni strict .. life must go on , tak kerja takda duit komitmen aku tak banyak tapi nak kena simpan duit juga then bagi mak aku .. selama juga aku kerja , aku selalu dengar suara dalam otak aku suruh pergi dari tempat tu , tinggalkan kerja aku , jangan bagi muka lagi dekat mereka , belajar melawan dan etc .. tapi aku abaikan jela maybe mainan perasaan aku , yela aku tengah pendam perasaan dengan stress aku ni tak settle makin beranak pinak dalam kepala aku haha .


Masuk tahun baru , ada kes timbul haha .. ini yang buat stress aku jadi mengila macam nak ke kemurungan kot .. ni semua pasal boss aku la , dia yang buat hal aku yang kena jawab , yang aku lagi geram punca dari staff lain tapi tak kena pula .. mentang-mentang aku ni mendengar arahan aku kena tindas .. dalam department aku ni ada 2 boss , satu boss satu assistant . Boss aku ni perangai dia semacam la .. dia pergi cari pasal dengan boss no 2 , dia banyak gunakan aku untuk kepentingan dia .. aku je yang tak sedar selama ni haha , aku macam kambing hitam , aku mula sedar bila boss no 2 ni panggil aku masuk bilik dia , dalam bilik tu aku kena marah kaw-kaw dengan dia , dia tuduh aku bersubahat dengan boss 1 and etc .. dia siap minta aku tulis surat tunjuk sebab then bukan settle kat bawah je beb , dia bawa aku naik atas hadap CEO haha tak besar pula kes aku ni . Since kejadian tu , aku jadi hopeless bila buat kerja , aku jadi hilang arah tiada siapa nak backup aku padahal masa kejadian tu diorang tahu siapa yang salah . So aku tak boleh nak pertahankan diri aku , aku kalah .. aku macam biasa pendam lagi stress ni .. aku simpan sekuat yang boleh .. dan suara tu datang balik menghasut aku , tapi macam biasa aku abaikan lagi .

Sejujurnya selama aku kerja tu ada baik nya kenangan dengan mereka , tapi dalam baik ada makna macam balasan haha , aku mula hilang minat nak buat benda yang aku suka , aku makan makanan manis dalm kuantiti yang banyak , aku menangis fikirkan life aku , mental aku koyak sikit demi sikit , tapi aku cuba jahit balik , sampai satu tahap aku dah tak bole tahan lagi , jahitan emosi aku tertetas.. aku kena marah lagi hal yang remeh dengan boss no 2 sebab aku tanya assistant dia pasal kerja , macam mana nak handle jualan , boss aku sibuk nak buat jualan juga sebab business dia tengah down , ada masalah ekonomi time tu .. sumpah aku start benci gila dengan assistant dan boss no 2 , dia mengadu apa entah dekat boss dia haha aku macam terkejut la tiba-tiba kena tengking tanpa sebab , kena tuduh lagi benda yang aku tak buat ,, eah cilaka la hahahaha time ni la aku rasa jatuh teruk (==') aku lari dari department .. aku sembunyi dekat tandas HR (tak ramai orang lalu) kali ni aku terpaksa mengadu dekat mak aku , aku voice mak aku .. aku menangis teruk aku luahkan segalanya pada mak , alhamdulilah mak aku support keputusan yang akan aku buat ,suara tu datang lagi .. kalini aku termakan juga hasutan suara yang banyak kali beritahu aku “pergi dari situ , kesiankan diri kau , biarkan mereka , pedulikan semua orang dan etc” .. so lagi beberapa hari nak hujung bulan aku minta housemate aku buatkan surat resign notis 2 bulan , yela kalau aku buat dekat office semua orang nampak , sebab computer ada dua je , nanti aku buat surat diorang sibuk kecoh  .

Aku fikir aku kuat untuk hadap mereka lagi 2 bulan , aku pun hantar surat resign .. aku kuatkan diri aku bagi assistant manager aku , aku termenangis weyh depan dia hahamaybe aku dah penat tahan perasaan kot .. assistant manager aku still nak tahan aku daripada resign , dia cuba mempengaruhi aku dalam semua hal , tapi aku cari semangat untuk kalini jangan cuba nak U-TURN .. suara tu mula berbisik lagi , seolah suara tu macam pendamping kekuatan aku haha .. selepas aku hantar surat resign ,dalam beberapa minit  aku dapat ws dari HOD department , dia minta aku untuk handle kerja assistant boss no 2 HAHA memang taklah aku nak handle , aku rasa tu bukan kerja aku .. dulu kemain tak bagi aku handle , sekarang ni tiba-tiba nak aku handle , kali ni aku bukan diri aku yang dulu .. aku tak kuasa dah nak dengar arahan dari sesiapa lagi , sebelum waktu nak balik boss no 2 panggil aku sebab dia nak ajar cara handle kerja assistant dia tu , ada dua hal aku tak bole lupa sampai sekarang firstly , boss no 2 beritahu aku dia minta aku handle kerja ni sebab dia taknak assistant dia kena marah dengan boss no 1 .. "so anything happen he will blame you" haha macam sial jawapan dia . Secondly pula , assistant manager bole pula nak marah aku , sebab pagi tu dia ada gaduh dengan boss yang aku assist,  ayat dia beritahu aku “Idc about your problem , thats your problem so handle it by youself” lagi buat aku panas dia lepas tangan macam tu dan aku mula amalkan slogan “PERGI MAMPOS” HAHA tak tahu la setan apa merasuk aku time tu , otak aku dah bagi  hint untuk aku berambus segera dari situ sebelum makin melarat sakit aku ni dan makin bertimbun kerja aku yang aku kena settlekan sendiri (nampak macam tak profesional , lari dari tanggungjawab) ..  tapi kalau u all berada kat tempat aku .. u all akan buat benda yang sama la , tak payah nak baik sangat . Balik dari kerja , aku terus mandi dan meraung sepuas hati , aku pandang cermin aku tengok diri aku , aku nampak diri aku bercakap “kau memang bodoh , selama ni kau buat baik tiada siapa pandang kau , kau buat baik mana pun orang tetap akan pijak kau ! Tengok sekarang apa jadi kat kau .. musnah terus kau haha .. aku dah banyak kali beritahu tapi kau abaikan aku .. kau anggap aku tak wujud kan , kesiakanlah diri kau tu” aku terus tumbuk dinding sebab nak hilangkan marah dan kesakitan dalam hati aku .. aku rasa roommate aku dengar haha maybe . Malam tu otak aku tak boleh berfungsi dengan betul , aku rasa nak ambil satu papan PCM tu telan , aku taknak hidup lagi .. aku hopeless gila tapi pegangan agama aku masih kuat , aku masih ada tuhan .. aku call bf aku , aku luahkan segala yang terjadi , dia macam biasalah jadi pendengar setia aku .

Keesokanya public holiday , aku tenangkan emosi aku dalam masa 3 hari .. aku buat strategi .. 3 hari berlalu , so hari terakhir aku kerja aku tak tegur sangat semua staff , tegur pun gitu-gitu je .. boss aku pun buat meeting pun aku dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri , assistant boss aku no 2 pun aku dah tak tegur , menyampah gila aku dengan dia , hati aku macam dah kering habis , perasaan kesian kat mereka dah takda macam dulu .. nasiblah waktu tu aku kerja half day je , bila semua orang balik aku mulakan plan aku , aku buat surat notis 24 jam resign .. aku tulis surat untuk staff dan aku bayar semua duit kutu diorang .. sebab aku nak bla ni kalau boleh taknak ada hutang dengan siapa-siapa , aku kemas office .. aku settlekan semua filing yang bertimbun .. siap je semua aku pandang office aku untuk kali terakhir , kalini aku nekad “selamat tinggal semua”



yeahh akhirnya masalah aku dah selesai , aku dah luahkan segalanya .. aku buang semua benda negatif yang rosakkan life aku .. lega la juga rasa sekarang . Terima kasih pada yang membaca part 1 dan 2 , jumpa u all di blog akan datang .

Monday, 4 May 2020

ISU KECIL (PART 1)

Hello diary , I'M BACK !! .

Sudah 6 tahun berlalu , lama juga aku tak buka blog ni .. rindu teramat nak meluahkan segala rasa suka dan duka dalam blog ni .. meyh aku nak bagitahu korang ^^, aku dah pun setahun lebih pakai braces @ pendakap gigi 😁 heee (sambil tayang besi yang shining ni) haha , sebelum ni kan aku pernah update pasal gigi aku yang terabur tak tersusun rapi since aku in primary school(rasanya dah buang blog tu) .. after 5 years I waiting in government list , finally nama aku tersenarai dan berjaya juga dapat gigi yang lawa haha boleh la jadi model majalah healthy teeth (gurau je takdanya majalah model gigi) . 


Okay kita balik pada topik utama aku update blog ni , u all boleh nampak kan title di atas tu meyh aku repeat balik "ISU KECIL" haa why ea aku boleh minat nak cerita tajuk ni yela after 6 years aku menghilangkan diri tup tup aku update pasal ni haha ada sebab kenapa , so aku nak luah kan segalanya disini sebab aku lagi selesa menaip daripada cari orang semata mata sebab nak ajak berbual .. aku tak suka buat macam tu .. aku bukan takda member .. ramai je member boleh kira pakai jari 👀 (eahh kata ramai) .. so mari kita mulakan cerita ehem  (tekak gatal tiba-tiba padahal tak  bercakap pun) . 




"Kemurungan / Depression"

Apa itu kemurungan ? Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau ber tahun-tahun. (sumber laman web kerajaan)


Hal ni macam isu kecil dimata dunia tapi tak bagi
Aku dan orang yang alaminya .. dekat dunia kes ni terjadi pada semua golongan tak kira tua atau muda dan kesudahannya tiada siapa yang tahu, masyarakat ramai salah faham yang penyakit ni tiada rawatan .. actually ada je cara untuk tangani masalah kemurungan ni , ad banyak cara ,lain orang lain version . Okay why ea aku highlight perkataan Aku tu ? Maybe korang tertanya .. Aku tak mengaku aku ada mental illness atau mengiakan aku ada disease ni if u all tanya aku pun .. I will say NO ! I'M NOT DEPRESS :) .. haha , sebab aku tak bole nak diagnosis disease ni dalam diri aku dan aku tak pernah jumpa sesiapa pun , pesakit depression tak sedar pun dia ada history of depression melainkan pesakit sudah pun menjalani rawatan alternatif daripada kaunselor berdaftar ataupun di beri ubat-ubatan dari Dr Psy , dari situ dia dah ada rekod yang dia alami Depression illness . Tapi dalam blog aku kalini , aku  nak share dekat u all tentang how mesirable of my life tapi aku tak share sepenuhnya sebab yang tu personal life , aku akan share dengan orang yang tepat kalau aku diberikan rawatan la haha ..

-to be continued-