Hye
guys , kita kembali lagi di blog Currently in Reality .. terima kasih
kepada yang masih lagi sudi nak baca catatan aku dan terus sokong aku
meluahkan segala isi hati yang terpendam haha . So today aku nak
cerita topic hangat (tapi taklah hangat mana pun) .. so macam biasa
aku akan repeat balik tajuk “CRUSH TO RELATION”
erm maaf ya maybe post kali ni agak love love gitulah (==') , tapi if
u all tak minat nak stay sampai habis u all can go and we will see in the next post .. tapi yang nak stay sampai habis okay dipersilakan , buat macam blog sendiri yaa .
Sebelum
aku type panjang lebar , aku akan beri introduction .. takut ada yang masih tak faham apa yang aku cuba ceritakan , so
selamat membaca :)
Formal
Dictionary :
Definition
of crush
is squeeze
or force by pressure so as to alter or destroy structure
.
(memecahkan atau memerah
sesuatu barang / benda tidak kira lembut atau keras dengan daya
tekanan yang kuat)
Informal
:
What's
meant by crush?
If
you have a crush on
someone, you are in love with them but do not have a relationship
with them .
(dari
segi tak formal pula seperti memendam perasaan suka/cinta pada
seseorang yang tak dikenali/ dikenali serta tidak mempunyai hubungan
yang istimewa)
Lets
begin of my story ,
kejadian
ini berlaku pada Dua tahun lalu (lama tak baru pun tak its still fresh
in my mind) , time tu aku and the geng ditugaskan oleh pihak kolej
untuk internship dekat pusat Nursing Home di salah satu daerah Johor
Bahru . Aku tak bole beritahu nama company tu sebab bagi aku ianya
tak penting pun (padahal takut kena claim haha) , okay nak cerita
detail pasal internship ni tak perlu kot sebab it waste my time and
my reader haha .. so kita fast forward je la , first day of my
internship aku and the geng ada orentasi dengan pihak HR , mereka
bawa we alls jalan-jalan satu bangunan dan ke department yang berbeza
, selesai orentasi terus ada meeting dengan CEO , meeting perkenalan
je tak penting pun . Dalam meeting tu pihak HR ada minta sesiapa nak
volunteer join department nursing so aku dan member yang lain angkat
tangan , tapi yang buat aku terkejut pihak HR letak aku dekat male
ward !! individu pula tu .. member aku yang lain ada partner haha(
not fair) so aku pun pasrah jela , terima apa yang ada daripada aku
kena campak dekat department kitchen ke laundry ke haha tak kuasa aku
. Habis meeting we all pun rehat sebab start esok baru bertugas ,
dalam internship aku ni ada leader , dia yang manage kitorang dalam
segala hal .. dia di tugaskan dekat HR dept. , sebelum we all intern
dekat sini , batch we all yang lepas pernah intern dekat sini so
macam macam cerita la aku dengar , ada salah satu intern bercinta
dengan bf orang SN dekat male ward haha ward aku tu weyh . So leader
macam taknak benda ni berlaku lagi sebab batch intern kalini kena
palau dengan SN perempuan dekat ward lain la alhamdulilah ward aku
tak palau kan aku pun haha .. aku pun cakap dengan geng aku “dont
fall in love” dengan mamat
dekat sini diorang pun agree la .
Permulaan
bulan pertama aku ditugaskan dekat male ward , semuanya berjalan
dengan lancar (tipu je as intern macam macam berlaku haha) ..
actually kira selamat la juga aku dekat male ward tu sebab ada je
SN(staff nurse) perempuan
3 orang , lagipun i got SSN perempuan yang akan observe aku okay la tu (even
garang haha) , aku macam biasa buat rutin harian filling , check
consumable chargers , feeding pt(patient)
dan etc . Suatu hari tu
, tiba tiba aku jadi pelik sebab staff dekat ward tu bertambah sorang
cause before ni ada SN yang kenalkan aku
dengan semua staff dalam ward tu and semua muka staff aku ingat ,
rupanya ada SN yang aku tak kenal lagi .. dia pergi bercuti , now dia
dah naik kerja . Time tu dia tengah feeding pt aku pun curi pandang .. sebab aku depan cubicle dia , comel aku tengok dia ni macam
pola bear (beruang kutub) dengan rambut yang messy tu buat lagi
smart bagi aku la. So since tu aku macam crush la dekat dia haha (tak
malu aku makan kata kata aku sendiri) , crush je okay takda feeling
nak bercintan cintun (bf orang tu weyh) .. lagipun aku taknak benda
sama berulang . Aku cuba buang perasaan suka dekat dia tapi lumrah
manusia kan , so aku teruskan jela intern macam biasa . Yang bestnya
dia ni , dia tak layan orang sangat means tak peramah macam SN lelaki
yang lain , dia susah nak senyum lagila nak tegur aku haha . Banyak situation happen dengan dia , firstly pass over report.. aku takda pen biru aku nampak dia ada padahal ramai lagi SN dekat situ , aku nak cepat punya pasal
kebetulan dia ada so aku minta dia tukar pen , dia pun okay je bagi .
Secondly , aku tak malu main tegur dia .. haha tiba tiba aku tanya soalan dia asal Terengganu ke ? . dah kenapa dengan aku ni
(alaaa malu siakk) nasib dia nak balas itupun sepatah je hishh
sombong gila mamat ni . Thirdly , time tu feed time over .. aku
pun angkat plate pt yang da habis makan , kiranya nak tolong staff
la .. suddenly mamat ni lalu depan cubicle sambil tolak troli dishes , aku panggil nama dia tapi dia tak berhenti , lastly aku woi kan dia
baru dia stop then aku bagi je plate kat dia then aku terus bla (bengang actually).
Fourtly, pertengahan first month aku intern .. aku selalu tengok dia buat IO chart , aku nak belajar buat IO chart tu so aku datang dekat dia , tiba tiba dia sukarela nak ajar aku buat IO chart dia mula bercakap dengan aku (I swear that time my feeling so deeply into him) tapi sekejap sebab SSN yang observe aku jerit kat kitorang “woi aku tak mati lagi “haha sebab banyak lagi hal yang SSN nak ajar aku , aku terus bla dari tempat tu . Fifthly , aku tengah lepak dekat counter dia datang tegur aku , dia tanya aku weekend buat apa , aku cakap la aku balik kampung rupanya dia nak ajak aku main futsal haha so aku terpaksa tolak .
Fourtly, pertengahan first month aku intern .. aku selalu tengok dia buat IO chart , aku nak belajar buat IO chart tu so aku datang dekat dia , tiba tiba dia sukarela nak ajar aku buat IO chart dia mula bercakap dengan aku (I swear that time my feeling so deeply into him) tapi sekejap sebab SSN yang observe aku jerit kat kitorang “woi aku tak mati lagi “haha sebab banyak lagi hal yang SSN nak ajar aku , aku terus bla dari tempat tu . Fifthly , aku tengah lepak dekat counter dia datang tegur aku , dia tanya aku weekend buat apa , aku cakap la aku balik kampung rupanya dia nak ajak aku main futsal haha so aku terpaksa tolak .
Penghujung
bulan , we all ditugaskan untuk buat preparation sempena celebrate
Mid Autmn (perayaan kaum cina) sebab company ni under chinese
Singapore . We all buat tarian bulan , buat banner dan pelbagai lagi
. Aku dah start tak naik ward sebab busy preparation so aku tak
jumpa dia dalam a weeks , if feeding time pun aku dah tak asign dekat
male ward .. leader aku tukarkan . One day tu , member aku baru habis
feeding dekat male ward so dia bagitahu ada staff cari aku dekat
atas , so aku naik la atas kejap maybe ada hal penting ke kan . Aku
naik je terus pergi ke nurse counter , sunyi je takda orang suddenly
dia appear depan aku .. aku terkejut weyh sebab muka dia lain then
rambut dia nampak kemas totally hensem weyhh .. dup dap jantung aku
haha . Aku tanya dia ada apa cari aku , so dia pun cakap la "kau
pandai tengokkan phone rosak tak ?”
dia
hulurkan phone dekat aku , then aku ambil la aku belek tiba tiba dia
cakap “phone
aku rosak
sebab
takda
no.
kau”
alamak mamat ni haha terus terang jela if nak no aku haha (I malu u
alls) , aku pun baru nak type no phone tapi keluar nama Sayang haha
no awek dia . Aku bagi jela no phone as a friend kan , dia pun on ws nak chat no aku .. aku terpandang la gambar awek dia as wallpaper
ws dia !! fuhh aku cakap dalam hati playboy ke mamat ni haha . After
that situation happen , malam tu dia start chat aku . Aku pun balas
macam nak taknak yela sebab bf orang kot nanti jadi lagi kes dulu
hmm ,
tapi
nampak la effort dia tu nak kenal dengan aku .. aku macam biasalah
jual mahal kan haha takkan nak tunjuk aku memang shok dekat dia ..
dia pun ajak aku dinner dengan dia . OMG first date ke ni haha , so
aku pun on jela . Dia ambil aku naik kereta ayah dia , bawa dinner
dekat CC Bistro , kebetulan baju kitorang sama hitam haha
JODOH
kot . We both banyak berbual dalam kereta sambil hantar aku balik hostel , aku pun tanya
awek dia tahu tak dia keluar semua ni . Rupanya dia baru lepas break
up dengan ex .. kiranya aku ni macam penghibur sementara dia ke ?? haha
.. memang automatic perasaan aku dekat dia faded , yela dia baru putus dengan
ex pastu cari aku .
Habis
Mid Autmn Festival , aku bertugas macam biasa dekat male ward . Aku dengan
dia still like anything happen , after we both had a dinner .. we
both tak tunjuk kat public yang we both tengah berkawan .. mana yang
tahu , tahu jela .. dia banyak juga ws aku bila dia dah off duty ,
malam tu dia confess feeling dia , aku pun hold minta dia tunggu jawapan
aku , dia ajak aku keluar tengok wayang , aku pun on jela cause weekend takda apa
nak buat haha . . so second date dekat KFC , dia tanya lagi jawapan , aku pun dah fikir masak-masak , crush suka dekat aku weyh haha
. Aku pun declared la dengan dia , before tu aku saja ajak dia jumpa parents sebab dia nak sangat hantar aku balik kampung .. dia
setuju then our relation berjalan seperti biasa sampai ke harini .
Dia lah bf , tunang dan bakal jadi husband (inshaALLAH) . Doakan yang
baik baik untuk kami . “CRUSH
TO RELATION”
tamat . Terima kasih masih setia baca dari mula sampai tamat . Jumpa
u alls di blog akan datang . Mmmuahhh .

No comments:
Post a Comment