[pen.dam] | ڤندم
Definisi : ; memendam 1 menanam sesuatu dlm tanah: Dia ~ hartanya di bawah rumah. 2 tidak menunjukkan sesuatu kpd orang; menyembunyikan perasaan dll dlm hati. terpendam 1 tertanam atau tersimpan di dlm tanah. 2 tersimpan di dlm hati: Hal itu sudah lama ~ dlm hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Definisi : ; memendam 1 menanam sesuatu dlm tanah: Dia ~ hartanya di bawah rumah. 2 tidak menunjukkan sesuatu kpd orang; menyembunyikan perasaan dll dlm hati. terpendam 1 tertanam atau tersimpan di dlm tanah. 2 tersimpan di dlm hati: Hal itu sudah lama ~ dlm hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Malam ni emosi aku tak berapa nak stabil
, hati aku rasa sakit 50/100 .. mungkin dah banyak benda aku pendam
selama aku hidup di atas bumi pinjaman tuhan ini , pendam ini tak
dapat di luahkan dengan ungkapan atau perbuatan .. aku susah nak
kongsi luahan dengan manusia , sebab manusia ramai yang berlakon
kalau dengar masalah sesama manusia .. berlakon macam kesian dan
sebagainya tapi tak semua lah manusia aku anggap macam tu , not to
negative or positive , just same . So cara aku luah kan perasaan ni
melalui laman sesawang yang tersorok dari segelintir manusia , maybe
akan ada yang singgah membaca semua entry aku dan cuba untuk mengkritik
semua kerja aku (nobody perfect) , takpela jangan segan korang boleh
je comment dekat bawah tu .. inshaAllah akan ku balas kalau penting
atau buat aku berminat untuk membalas balik hahaha .
Sejak aku sch rendah aku memang
suka menulis dalam buku diary rekaan aku sendiri , aku balut buku
latihan sch dengan kertas warna-warni , tampal gambar kartun atau
artis , tulis guna magic color pen .. tapi asyik kantoi je dengan
akak aku , apa yang aku tulis dalam buku tu di bacanya dan sebarkan
dekat family yang lain .. aku malu tau then macam biasa kena
kauseling @ membebel dengan diorang kalau diorang tak berkenan apa
yang aku karangkan dalam buku tu .. so aku stop sekejap menulis antyhing yang aku pendam dalam hati dan minda aku . Naik sch menengah aku
dapat idea baru untuk menulis luahan hati aku ni dekat laman sesawang
iaitu blog , blog ni pun aku start buat bila classmate aku kenalkan dunia blog dan ajar macam
mana nak buat (member aku ni famoust blogger , sampaikan di wawancara wartawan) .. alhamdulilah dah bertahun juga isi hati aku
tersimpan rapi dalam ni huhu tanpa pengetahuan siapa siapa yang aku
kenal .. kalau ada maybe orang tu yang isitimewa bagi aku .
So back to the main topic from above
, kenapa aku nak cerita fasal pendam ni .. sebab aku dah banyak
terasa hati dengan seseorang ni .. dia sangat bermakna dalam hidup
aku selepas mak aku . Yes this is about my boyfriend , bf aku ni
pandai tau .. dia kerja pun as staff nurse .. kiranya budak science
modern , not pure sc . So aku dengan dia ni dah nak 2 tahun , ni fasa
kedua kami berkawan dan merancang akan berkhawin next year , family
dia pun dah merisik aku .. inshaAllah if duit kami da cukup khawin la
. Cerita pasal dia ni hmm aku sedih malam ni , tak tahu la kenapa
malam ni rasa sakit hati bercampur sedih .. korang tahu kan aku dah
start tanam anggur since pkp haritu , masuk ni dah nak 2 bulan aku
tak kerja .. tapi alhamdulilah rezeki tak salah alamat , akak aku bagi kerja sementara dengan
dia jadi baby sitter anak dia time dia on duty jelah sementara pkpp
ni , if dia tak on duty dia jagalah , so monthly adalah aku gaji
sikit lepas la nak bayar ptptn dan shopping sikit hehe .. so bf aku
ni macam takda sense of jaga perasaan aku , tadi berbual dengan dia
dalam phone , dia bole perli halus direct kat aku pergh sentap sikit
la aku , dah la kes semalam pun tak habis haha . Aku pula try being
cool depan dia just can fake smile .
So puncanya ada dua , kes semalam
aku nak apply e-pengambilan PDRM .. cousin aku suruh aku apply
manalah tahu dapat rezeki aku kerja gov kan aamin aamin .. then aku
beritahu bf aku yang aku nak apply , dia bukannya nak support aku ke
apa .. tapi sebaliknya dia tanya soalan tentang minat aku dan
takutkan aku dengan ujian kem pulapor (maaf kalau silap) , dia ingat
aku cetek ilmu tak tahu macam mana ujian kem dalam pertahanan tu
semua al kisahnya dia tak tahu yang cousin aku ni inspektor polis kot
.. lepas dia dapat tahu eah boleh pula dia kata aku guna cable (haiss
sabar jelah aku) , nak marah sayang kan so aku bidas perbualan dia
dengan sedikit keras tapi masih dalam nada lembut haha .. aku
punyalah berharap dia support ke kan , bagi kata-kata semangat .. tak
banyak pun aku minta just cakap “good luck sayang” , tu pun dah
buat aku bersemangat .. tapi ni takda pula hmm sis sedih .
Cerita kedua pula harini , aku tegur
dia taknak tidur ke esok kerja nanti letih ke apa .. then dia ajak
aku tidur sekali .. tapi aku balas la aku tak rasa mengantuk lagipun
aku macam biasa before tidur dengar lagu dulu and merayau dekat
socmed . Eah tiba dia perli halus kat aku , ayat dia macam ni
“untunglah cuti eah tak kerja bolehlah tidur lambat” erm bagi
korang ayat tu macam biasa , tapi bagi aku tak dengan situasi aku
sekarang yang tenggelam timbul struggle nak hidup .. aku bukannya
takda kerja , dah dapat pun kerja cuma tak masuk lagi sebab aku kena
tolong jaga anak akak aku so aku postpone dulu ..then bf aku ada juga
suggest aku buat droship barang make up ke kan , okay itu positive
support yang aku bole terima , aku memang tengah dalam pemikiran nak
business online cuma tengah belajar lagi dari member aku . Ayat tu je
buat aku terlebih emosi sebab aku rasa macam hina tak kerja duduk
rumah goyang kaki hmm , sedih sebenarnya tak kerja ni tau .. duit
pocket takda banyak macam aku kerja dulu .. actually before ni pun
banyak terasa dengan dia tapi aku lupakan je sebab fikir dah jumpa
family kami berdua , aku selalu fikir nak teruskan lagi tak hubungan
ni ?? , yela kalau dia khawin dengan aku takut hidup dia tak bahagia
.. aku kerja kilang mesti dia malu dengan member nurse and family dia
, aku sebenarnya malu dengan dia .. bila aku dengan dia rasa macam
aku ni rendah darjat maybe sebab dia berjawatan . Ya Allah betul ke
keputusan hidup aku ni .. sebab tu dalam islam kena cari yang sekufu
, tapi kalau jodoh kita tak memilih dan tak kesah bole diteruskan
lagi ..
Dia ada minta maaf kalau dia ada
tersakitkan hati aku, tapi hal tu macam dah lali bagi aku , kalini
aku rasa tak boleh nak lupakan apa yang dia cakap .. hati aku macam
terguris sikit demi sedikit . Aku cuba untuk sembuhkan esok harinya ,
bila aku dapat luahkan segalanya dalam blog ni lega sikitlah ..
actually before aku type ni aku dah menangis dalam selimut fikirkan
masalah aku ni , aku jenis cepat nangis sebab aku nak healing process
hati aku ni . Lantaklah nak cakap aku ni cenggeng ke apa ke , aku tak
kesah . Satu jelah aku fikir , kalau aku takda jodoh dengan dia atau
siapa siapa selepas dia , aku duduk dengan mak aku , kumpul duit
banyak-banyak then pergi buat aktiviti outdoor macam travel negara
asing or hiking Gunung Kinabalu ke kan hehe .. aku teringin nak
hiking gunung yang tinggi , yela before ni aku hiking bukit tinggi je
haha sebab bajet ciput tu je mampu .. itu jelah aku nak kongsikan
malam ni . Next entry aku cerita pasal hiking aku baru baru ni .. see
you guys soon .


No comments:
Post a Comment