Lets
begin of my story ,
selepas je aku habis study dan apa aku buat sekian lama tak luahkan isi hati di blog , so masalah aku ni start pasal aku fikir tentang masa depan aku macam mana , ada ke company nak ambil aku kerja dan etc , start dari tu la emosi aku dah terganggu sedikit tapi aku abaikan jela .. lepas graduation day aku dekat KL aku terus cari kerja di kampung halaman , apply 2 3 hari terus dapat kerja di cafe jual air sebab cafe shortage staff memang nak pakai orang so aku masuk lah kerja kat situ , aku kerja kat cafe tu first week okay la , belajar buat air , hafal formula ice blended dan etc .
selepas je aku habis study dan apa aku buat sekian lama tak luahkan isi hati di blog , so masalah aku ni start pasal aku fikir tentang masa depan aku macam mana , ada ke company nak ambil aku kerja dan etc , start dari tu la emosi aku dah terganggu sedikit tapi aku abaikan jela .. lepas graduation day aku dekat KL aku terus cari kerja di kampung halaman , apply 2 3 hari terus dapat kerja di cafe jual air sebab cafe shortage staff memang nak pakai orang so aku masuk lah kerja kat situ , aku kerja kat cafe tu first week okay la , belajar buat air , hafal formula ice blended dan etc .
Pertengahan
bulan tu aku dah start penat dan stress sebab customer ramai waktu tu
Chinese New Year / public holiday , bayangkan la aku stress sampai
bergaduh dengan mak aku n my bf . Tapi yang best nya setiap kali aku
stress bf aku on the spot datang jumpa aku (for information kami tak
sama daerah , 30 minit nak ke tempat aku) dia hantar aku balik
ataupun pergi dinner sebab dia tahu aku ni cepat lapar haha .. so
selama aku stress kerja tu dia la tempat aku coping stress ni . Selama
kerja kat cafe tu yang buat aku stress ialah assitant manager dan
workmate .. suka push aku gila gila , paksa aku buat benda yang baru
aku belajar dan selama sebulan tu juga aku dipulaukan dengan diorang
.. tapi IDC lantak la tak pedulikan aku pun .. aku try cathc up kerja
aku sendiri tanpa bantuan sampailah aku pandai dah manage open/close
cafe tu sebab shortage staff , maybe diorang push aku tu semua sebab
diorang nak rasa rehat so bila ada new staff diorang bagi handle
segalanya haa handle kau sendiri . Selepas sebulan kerja situ baru
workmate aku layan aku macam biasa sebab aku dah pandai kan haha damn
it ! . Aku kerja situ kejap je 2 bulan setengah macam tu sebab aku
dapat kerja lain so aku bla la bagi notis 24 jam and big boss aku okay
je , dia support aku dapat kerja lain .
Dua
bulan berlalu aku masuk kerja di sebuah company swasta di bandar X
.. aku dapat kerja ni pun melalui info dari ex kolej aku juga ,
orang sibuk kerja aku pun sibuk nak kerja haha demi duit nak bayar
PTPTN beb (dah pandai pinjam , pandai bayar) tempat kerja aku ni
daerah lain so aku stay rumah sewa dengan housemate yang baru kenal
.. kerja department aku best sebab office hour tapi sebalik best nya
tu ada penderitaan yang di alami . First month , aku masuk kerja
ramai gila customer , customer bukan sembarangan weyh ramai
foreigner dari Indonesia dan Singapore sampai tak cukup tangan nak
handle , aku tengok workmate semua busy , situasi di admin counter berpusu
orang nak mendaftar .. aku yang nothing ni berdiri bagaikan patung cendana
sebab aku tak tahu nak buat apa haha .. after a few weeks ago aku dah
pandai buat kerja sebab ada senior staff ni dia baik sangat dengan
aku , dia yang ajar aku segalanya dari A-Z , so aku dah pandai handle
kerja luar .
masuk
bulan kedua aku kerja , aku di tugaskan untuk assist boss .. dengar
cerita boss aku ni baru boleh terima aku as assitant dia even dia tak
berkenan dengan aku , yela aku bukan profesional macam senior staff
dia , aku sijil cikai je haha .. aku pun terkejut tak sangka pula kena jadi assistant dia selama office hour aku .. so aku pun chill
la terima tugasan tu .. first week assits , dia banyak menyuruh
daripada mengajar .. setiap 1 jam tu 10 kali dia tekan bell masuk
bilik dia .. padahal kerja tu remeh je , contonya dia minta aku ambil
form berkenaan , form tu dekat sebelah dia je weyh !! dia tak perlu
bangun pun just toleh sikit ambil kat sebelah hahahaha ni buat aku
bengang nak mampus !! .. tapi aku still layankan kerenah dia , yela
kerja kan baru masuk 2 bulan kerja . Dan selama aku assist dia benda
tu berulang kali berlaku .. aku ni jenis tak pandai melawan , sebab
tu senang di pijak , di maki, di marah , kesalahan orang lain aku
yang kena jawab sebab aku yang selalu hadap boss .. dan banyak lagi
hal yang berlaku .. sorry aku tak boleh cerita segalanya sebab
personal matter , nanti u all fikir aku nak memburukkan ex workmate akupula haha .. maybe u all tahu apa yang berlaku dan u all dibenarkan untuk
berfikir atau menilai apa yang jadi kat aku selepas tu ..
So
berbulan lama aku bertahan di company X dengan sisa kekuatan yang aku
ada ,aku cuba nampak gembira even sebaliknya nobody knows what I feel
.. aku pernah give up tapi aku sayang dengan kerja ni , so aku minta tukar
department dan dah dapat approval tukar department tapi aku U-TURN balik sebab kesian kan orang lain lebih dari diri sendiri haha (sad
life) .. kelemahan aku senang je nak teka , aku tak boleh tengok
orang susah even aku disusahkan . Selama setahun tu aku
start stress + burn out sikit la , maybe sebab stress aku dah
melampau masalah aku tak pernah settle makin bertimbun kat bahu aku
ni , nak luahkan dekat orang pun jawapan yang berulang kali aku
dapat (jawapan cliché)
“SEMUA
TEMPAT KERJA SAMA
JE
, SEMUA TEMPAT MACAM TU dan etc” sebab tulah aku malas nak berbual dengan orang
.. aku jadi bosan dengan jawapan yang aku dapat .. tak membantu
lansung haha .. semua orang macam blame aku tak boleh nak handle
stress aku ni .. so stress aku ni berlarutan , sampaikan aku bergaduh
dengan bf aku berulang kali dalam setahun tu .. dia jadi
mangsa aku untuk lepaskan marah , aku cari pasal dengan dia .. tapi
nasib la dia masih nak stay dengan aku dan tak pernah give up even
aku minta dia tinggalkan aku .. for information masalah aku ni
aku tak cerita sangat dengan mak aku sebab taknak dia risaukan
aku , yela aku dengan dia jauh . Yang bestnya about mak aku ni , dia
sentiasa tanya aku okay tak .. selalu keep in touch dengan aku ..
setiap kali ws dia aku akan menangis haha ..
Hari
berganti hari ,aku masih macam diri aku , memendam perasaan .. cuba gelak
ketawa dan senyum .. aku akan rasa lega bila aku dapat cuti balik kampung jumpa
mak aku .. happy sangat , dalam sebulan tu aku akan ambil AL sebab
aku ada appoiment braces so wajib datang, if tak kontrak aku terbatal
biasala buat dengan government ni strict .. life must go on , tak
kerja takda duit komitmen aku tak banyak tapi nak kena simpan duit
juga then bagi mak aku .. selama juga aku kerja , aku selalu dengar suara dalam otak aku suruh pergi dari tempat tu , tinggalkan kerja aku ,
jangan bagi muka lagi dekat mereka , belajar melawan dan etc .. tapi
aku abaikan jela maybe mainan perasaan aku , yela aku tengah pendam
perasaan dengan stress aku ni tak settle makin beranak pinak
dalam kepala aku haha .
Masuk
tahun baru , ada kes timbul haha .. ini yang buat stress aku jadi
mengila macam nak ke kemurungan kot .. ni semua pasal boss aku la ,
dia yang buat hal aku yang kena jawab , yang aku lagi geram punca
dari staff lain tapi tak kena pula .. mentang-mentang aku ni mendengar arahan aku kena tindas .. dalam department aku ni ada 2 boss , satu boss
satu assistant . Boss aku ni perangai dia semacam la .. dia pergi
cari pasal dengan boss no 2 , dia banyak gunakan aku untuk
kepentingan dia .. aku je yang tak sedar selama ni haha , aku macam
kambing hitam , aku mula sedar bila boss no 2 ni
panggil aku masuk bilik dia , dalam bilik tu aku kena marah kaw-kaw
dengan dia , dia tuduh aku bersubahat dengan boss 1 and etc .. dia
siap minta aku tulis surat tunjuk sebab then bukan settle kat bawah
je beb , dia bawa aku naik atas hadap CEO haha tak besar pula kes aku
ni . Since kejadian tu , aku jadi hopeless bila buat kerja , aku jadi
hilang arah tiada siapa nak backup aku padahal masa kejadian tu
diorang tahu siapa yang salah . So aku tak boleh nak pertahankan diri
aku , aku kalah .. aku macam biasa pendam lagi stress ni .. aku
simpan sekuat yang boleh .. dan suara tu datang balik menghasut aku ,
tapi macam biasa aku abaikan lagi .
Sejujurnya
selama aku kerja tu ada baik nya kenangan dengan mereka , tapi dalam
baik ada makna macam balasan haha , aku mula hilang minat nak buat benda yang aku suka , aku makan makanan manis dalm kuantiti yang banyak , aku menangis fikirkan life aku , mental aku koyak sikit demi
sikit , tapi aku cuba jahit balik , sampai satu tahap aku dah tak bole
tahan lagi , jahitan emosi aku tertetas.. aku kena marah lagi hal yang remeh dengan
boss no 2 sebab aku tanya assistant
dia pasal kerja , macam mana nak handle jualan , boss aku sibuk
nak buat jualan juga sebab business dia tengah down , ada masalah
ekonomi time tu .. sumpah aku start benci gila dengan assistant dan boss no 2 , dia mengadu apa entah dekat boss dia haha aku macam
terkejut la tiba-tiba kena tengking tanpa sebab , kena tuduh lagi
benda yang aku tak buat ,, eah cilaka la hahahaha time ni la aku rasa
jatuh teruk (==') aku lari dari department .. aku sembunyi dekat
tandas HR (tak ramai orang lalu) kali ni aku terpaksa mengadu dekat mak aku , aku voice mak aku .. aku
menangis teruk aku luahkan segalanya pada mak , alhamdulilah mak
aku support keputusan yang akan aku buat ,suara tu datang lagi .. kalini aku termakan juga hasutan suara yang banyak kali beritahu aku “pergi
dari situ , kesiankan diri kau , biarkan
mereka , pedulikan semua orang dan
etc” .. so lagi beberapa
hari nak hujung bulan aku minta housemate aku buatkan surat resign
notis 2 bulan , yela kalau aku buat dekat office semua orang nampak , sebab computer ada dua je , nanti aku buat surat diorang sibuk kecoh .
Aku
fikir aku kuat untuk hadap mereka lagi 2 bulan , aku pun hantar surat
resign .. aku kuatkan diri aku bagi assistant manager aku , aku termenangis
weyh depan dia hahamaybe aku dah penat tahan perasaan kot .. assistant
manager aku still nak tahan aku daripada resign , dia cuba
mempengaruhi aku dalam semua hal , tapi aku cari semangat untuk kalini jangan
cuba nak U-TURN .. suara tu mula berbisik lagi , seolah suara tu
macam pendamping kekuatan aku haha .. selepas aku hantar surat resign ,dalam beberapa minit aku dapat
ws dari HOD department , dia minta aku untuk handle kerja assistant boss
no 2 HAHA memang taklah aku nak handle , aku rasa tu bukan kerja aku
.. dulu kemain tak bagi aku handle , sekarang ni tiba-tiba nak aku
handle , kali ni aku bukan diri aku yang dulu .. aku tak kuasa dah
nak dengar arahan dari sesiapa lagi , sebelum waktu nak balik boss no
2 panggil aku sebab dia nak ajar cara handle kerja assistant dia
tu , ada dua hal aku tak bole lupa sampai sekarang firstly , boss no
2 beritahu aku dia minta aku handle kerja ni sebab dia taknak
assistant dia kena marah dengan boss no 1 .. "so
anything happen he will blame you" haha macam sial jawapan
dia . Secondly pula , assistant manager bole pula nak marah aku , sebab pagi tu dia ada gaduh dengan boss yang aku assist, ayat dia beritahu aku “Idc
about your problem , thats your
problem so handle it by youself” lagi buat aku panas dia lepas tangan macam tu dan
aku mula amalkan slogan “PERGI MAMPOS”
HAHA tak tahu la setan apa
merasuk aku time tu , otak aku dah bagi hint untuk aku
berambus segera dari situ sebelum makin melarat sakit aku ni dan makin bertimbun kerja aku yang aku kena settlekan sendiri (nampak macam tak profesional , lari dari tanggungjawab) .. tapi kalau u all berada kat tempat aku .. u all akan buat benda yang sama la , tak payah nak baik sangat . Balik
dari kerja , aku terus mandi dan meraung sepuas hati , aku pandang
cermin aku tengok diri aku , aku nampak diri aku bercakap “kau
memang bodoh , selama ni kau buat baik tiada siapa pandang kau , kau
buat baik mana pun orang tetap akan pijak kau ! Tengok sekarang apa
jadi kat kau .. musnah terus kau haha .. aku dah banyak kali
beritahu tapi kau abaikan aku .. kau anggap aku tak wujud kan ,
kesiakanlah diri kau tu” aku terus tumbuk dinding sebab
nak hilangkan marah dan kesakitan dalam hati aku .. aku rasa roommate aku dengar haha maybe . Malam tu otak
aku tak boleh berfungsi dengan betul , aku rasa nak ambil satu papan
PCM tu telan , aku taknak hidup lagi .. aku hopeless gila tapi
pegangan agama aku masih kuat , aku masih ada tuhan .. aku call bf
aku , aku luahkan segala yang terjadi , dia macam biasalah jadi
pendengar setia aku .
Keesokanya
public holiday , aku tenangkan emosi aku dalam masa 3 hari .. aku buat
strategi .. 3 hari berlalu , so hari terakhir aku kerja aku tak
tegur sangat semua staff , tegur pun gitu-gitu je .. boss aku pun
buat meeting pun aku dengar masuk telinga kanan keluar
telinga kiri , assistant boss aku no 2 pun aku dah tak tegur ,
menyampah gila aku dengan dia , hati aku macam dah kering habis ,
perasaan kesian kat mereka dah takda macam dulu .. nasiblah waktu tu
aku kerja half day je , bila semua orang balik aku mulakan plan aku ,
aku buat surat notis 24 jam resign .. aku tulis surat untuk staff dan
aku bayar semua duit kutu diorang .. sebab aku nak bla ni kalau boleh taknak
ada hutang dengan siapa-siapa , aku kemas office .. aku settlekan
semua filing yang bertimbun .. siap je semua aku pandang office aku
untuk kali terakhir , kalini aku nekad “selamat
tinggal semua”
yeahh
akhirnya masalah aku dah selesai , aku dah luahkan segalanya .. aku
buang semua benda negatif yang rosakkan life aku .. lega la juga rasa sekarang . Terima
kasih pada yang membaca part 1 dan 2 , jumpa u all di blog akan
datang .


No comments:
Post a Comment